Ahh , it's here . It's here .
Sayang-2 koo , neym ader tips-2 untok penjagaan kulit muka berjerawat .
Hehe . Goodluck ! :)
Tips Penjagaan Kulit Muka Berjerawat
1) Basuh muka paling kurang 2 kali sehari
dengan sabun yang betul. Jangan basuh muka dengan menggunakan sabun
badan kerana tahap kealkaliannya adalah berbeza. Seeloknya, gunakan
sabun muka jenis pengawalan minyak contohnya, Vaseline (Oil Control).
2) Elakkan makanan yang berminyak seperti daging burger segera.
3) Elakkan makanan laut seperti sotong,
ketam, udang dan sebagainya KECUALI ikan. (Terpulang kepada kulit
individu contohnya, saya boleh makan kerang.)
4) Elakkan makanan seperti kacang tanah.
(Bagi saya, saya tidak boleh makan kacang tanah, tetapi saya boleh makan
kacang kuda, almond, gajus dan lain-lain. Ia terpulang kepada kulit
individu.)
5) Elakkan daripada mengguna tuala badan
untuk mengelap muka selepas mandi kerana kulit yang sensitif adalah
sangat sensitif dengan kekotoran. Gunakan tuala kecil yang lain atau
tisu.
6) Mengamalkan 2 biji sehari Vitamin C Organik 500mg. Ia sangat-sangat membantu masalah kulit muka berjerawat, berminyak dan resdung.
Note: Tips
Penjagaan Kulit Muka Berjerawat & Cara Penjagaan Kulit Muka
Berminyak ini adalah bergantung kepada tahap masalah kulit individu. Tip
diatas adalah contoh yang boleh anda amalkan. Terima Kasih.
Owh
baru le tahu yer tak . Tapi rasanya saya ok lagi kalau makan berpada-pada
le semua tu . Kalau over hah . Memang naik le jawabnya hehe . Tapi satu
lagi yang saya dapat tahu kalau makan makanan yang pedas-pedas selalu
sangat . Memang naik le cik jururawat kat muka ni . Tapi tu le kalau dah
minat payah le sikit . Pedas pulak bukan sikit-sikit mana le jerawat tak
menggila ehhehe . Tapi sekarang dalam peringkat nak perturunkan kepedasan
perlahan-lahan hehe . :)
No comments :
Post a Comment