Wednesday, 24 April 2013

Tips berfesyen :)

Bismillahirrahmanirahim. ;) 

Tips Berfesyen Masa Kini : Kesilapan Dalam Berfesyen | Kesilapan dalam berfesyen sering kita lihat di mana-mana jua. Ada di antara kita yang gemar berfesyen dan suka mencuba lain dari yang lain tetapi masih kelihatan tidak sesuai apabila digayakan. Mari kita lihat kesalahan dan kesilapan yang sering dilakukan dalam berfesyen. 

Memakai stokin dengan sandal
Amat tidak sesuai! Jika hendak memakai stoking sekalipun hendaklah dipakai dengan kasut bukan dengan sandal. Perlu di ingat sandal direka untuk menampakkan bentuk kaki. 

Jangan suai padan pakaian yang pelik-pelik
Suai padan lah pakaian anda dengan yang bersesuaian. Jangan semata-mata untuk kelihatan lain dari yang lain anda memadankan pakaian anda sehingga kelihatan pelik seperti memakai tali leher dengan kemeja T berkolar, turtle neck dengan seluar pendek atau apa sahaja yang menampakkan anda buruk dan tidak tahu berfesyen. 

Pakai untuk menunjuk-nunjuk
Tidak dinafikan anda yang sukakan pakaian berjenama. Tetapi tidak perlulah anda menayangkan label jenama anda seolah-olah papan iklan. Dalam berfesyen 'less is more'. Pengayaan yang ringas lebih baik dan elok mata memandang. 

Elakkan memakai sut pejabat tetapi mengenakan beg sandang
Ini sering berlaku kepada lelaki di luar sana. Jika pakaian anda cukup kemas ke pejabat perlulah dikenakan dengan beg yang bersesuai. Jangan lokek untuk berbelanja membeli beg yang lebih sesuai ke pejabat kerana anda akan lebih menawan dengan beg yang sesuai. Tinggalkan beg sandang anda. 

Bergaya tidak kena tempat
Jika ke majlis –majlis tertentu, sebelum anda menghadirinya lebih elok jikalau anda tahu tema majlis tersebut. Jangan sekali-sekali anda pergi begitu sahaja kerana kemungkinan fesyen yang anda gayakan ke majlis tersebut tidak kena dengan temanya. Takut majlis yang formal anda hanya memakai t-shirt dan jeans. 

Pilih baju ikut saiz badan 
Pilihlah baju mengikut saiz ukuran badan anda. Amat tidak sesuai jika anda bertubuh kecil tetapi mengenakan baju yang besar dan menggelebeh. Pakai yang sesuai supaya sedap mata orang yang memandang.

No comments :

Post a Comment